Pages

Sunday, June 19, 2011

KURIKULUM LATIHAN / AKTIVITI

1. Pembentukan Disiplin Diri- Aspek ini akan diberikan keutamaan termasuk tatacara berpakaian dan kelakuan.

2. Penerapan Nilai-Nilai Murni Dan Budi Bahasa- Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan budi bahasa di kalangan anggota masyarakat.

3. Pengetahuan Asas Kepenjaraan- Perkara berkaitan dengan pengetahuan am kepenjaraan meliputi undang-undang/peraturan penjara, lawatan ke institusi penjara dan sebagainya

4. Kemahiran Kaunseling- Semua ahli kadet akan diterapkan dengan kemahiran kaunseling dan kemahiran inter-personal bagi membolehkan mereka menjadi pebimbing rakan sebaya yang berkesan.

5. Ketahanan Diri- Latihan ini akan dijalankan dalam bentuk aktiviti kawat, seni mempertahankan diri (SENTAP), ikhtiar hidup, kembara, berbasikal, merentas halangan dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum dan perkhemahan tahunan.

6. Kepimpinan- Semua ahli kadet akan dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka memiliki daya ketahahan yang tinggi.

7. Khidmat Masyarakat- Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan bertujuan mewujudkan masyarakat penyayang seperti lawatan ke rumah-rumah kebajikan dan melakukan kerja-kerja amal di kalangan masyarakat.

8. Kreativiti- Anggota Kadet Koreksional akan didedah dan digalakkan memupuk minat terhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memasak, hiasan lanskap dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment