Pages

Saturday, June 18, 2011

KEM TANJUNG GOSONG (TanGo) , SERANDU, PEKAN

Kem Tanjung Gosong, ataupun lebih dikenali sebagai Kem TanGo yang merupakan singkatan daripada Tanjung Gosong terletak di Kampung Serandu, Pekan bersebelahan dengan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Semarak, Pekan, Pahang.

 

Picture1

 

Kem TanGo yang berkeluasan 5 ekar ini mula dibuka dan dikenali sebagai Pusat Kurikulum Negeri Pahang pada tahun 2000 selepas perpindahan dari tapak lama di SEMSAS yang sentiasa dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. Operasi pembinaan kemudahan asas di tapak baru di Tanjung Gosong ini bermula pada bulan Oktober 2000.  Pembinaan pertama yang dibina di Kem TanGo adalah satu blok bilik air yang mengandungi 10 unit tandas, sebuah kolah dan serentak dengan itu sebuah setor kayak juga turut dibina.

 

Picture2

Laluan masuk ke Kem TanGo

 

Operasi dan latihan pertama diadakan di Kem TanGo telah dijalankan pada tahun 2001 dengan kelompok pertama yang menggunakan khidmat pusat ini ialah dari Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan melibatkan seramai 120 orang untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Pelajar. Pada tahun 2004, Pusat Kokurikulum Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM300000.00 untuk projek pembangunan di Pusat Kokurikulum. Kem TanGo.  Namun begitu terdapat masalah yang timbul akibat pembinaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di tapak yang sama ini.  

 

Picture3

Kawasan Kem TanGo

 

Hasil perbincangan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum  bersama Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Pekan, projek pembangunan Pusat Kokurikulum di Tanjung Gosong tetap diteruskan.  Malangnya sebahagian besar daripada 5 ekar tanah yang ada telah diambil alih oleh PLKN. Sehingga kini, Kem TanGo ini merupakan tempat perkhemahan pilihan untuk aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Perkhemahan Sukarelawan & Belia Antarabangsa (SUKBEL) 2010 pada 10-15 Jun 2010 . 

Dan kini, mulai 19 Jun – 23 Jun 2011, Kem Tango telah dipiliha sebagai pusat perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2011.

No comments:

Post a Comment