Sunday, July 17, 2011
Monday, June 20, 2011
Ceramah Motivasi
Hari ke-2
Tarikh : 20 Jun 2011 Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Terbuka, Kem Tango
Slot ceramah motivasi mengisi aktiviti Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan pada malam kedua. Ceramah disampaikan oleh Timbalan Penguasa, Tuan Vijayan Krishnan dari Bahagian Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara. Ceramah lebih berkisar kepada perkongsian dan pendedahan statistik jenayah, maklumat, gambar dan keratan akhbar tentang permasalahan remaja terutama dari segi jenayah rogol, rempit dan penyalahgunaan dadah.
Timbalan Penguasa Vijayan Krishnan (Kanan) bersama pegawainya.
Selain itu, Tuan Vijayan Krishnan yang juga pemilik Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Industrial Safety) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) banyak berkongsi maklumat mengenai kehidupan sebenar banduan di penjara.
Beliau juga menegaskan bahawa “orang yang masuk penjara adalah abnormal people” kerana mampu berada di dalam sesuatu tempat dengan pelbagai keterbatasan hidup seperti makanan, pakaian dan kebebasan hidup.
Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Semoga semua peserta perkhemahan pada kali ini tidak akan sesekali terlibat dalam sebarang jenayah.
Pertandingan Kawad Kaki Berpasukan & Individu
Hari Ke-2
Tarikh : 20 Jun 2011 Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang Kawad, Kem Tango
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah Pertandingan Kawad Kaki kategori berpasukan dan individu yang melibatkan 12 kontinjen yang melibatkan kesemua 415 anggota kadet yang mengikuti perkhemahan.
Kesemua 12 kontinjen mula bersiap sedia sejak dari jam 8.00 pagi di dalam barisan masing-masing. Pertandingan kawad kaki ini diselia oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara Penor, Kuantan.
Pengadilan untuk Pertandingan Kawad Kaki adalah berdasarkan kekemasan pakaian seragam ahli, disiplin dalam barisan, formasi barisan, serta arahan daripada ketua platun.
Setiap pasukan dikehendaki membuat persembahan kawad kaki dalam tempoh 8 minit dan setiap pasukan mestilah terdiri daripada 31 anggota termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Walaubagaimanapun pemeriksaan pakaian akan dibuat 15 minit sebelum setiap pasukan masuk ke litar pertandingan kawad. Manakala bahasa hukuman mestilah mengikut bahasa hukuman pasukan Kadet Koreksional .
Sunday, June 19, 2011
KURIKULUM LATIHAN / AKTIVITI
2. Penerapan Nilai-Nilai Murni Dan Budi Bahasa- Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan budi bahasa di kalangan anggota masyarakat.
3. Pengetahuan Asas Kepenjaraan- Perkara berkaitan dengan pengetahuan am kepenjaraan meliputi undang-undang/peraturan penjara, lawatan ke institusi penjara dan sebagainya
4. Kemahiran Kaunseling- Semua ahli kadet akan diterapkan dengan kemahiran kaunseling dan kemahiran inter-personal bagi membolehkan mereka menjadi pebimbing rakan sebaya yang berkesan.
FALSAFAH LATIHAN KADET KOREKSIONAL
KEAHLIAN DAN SYARAT KELAYAKAN
OBJEKTIF PENUBUHAN
MATLAMAT PENUBUHAN KADET KOREKSIONAL
LATAR BELAKANG PENUBUHAN KADET KOREKSIONAL
* Sesi Perbincangan dan taklimat telah diadakan dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Ia merupakan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform. Ia juga sebagai persediaan kepada pelajar sekolah dari segi mental dan fizikal yang akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara.
* Mendapat kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada Jun 2004. Pelajar-Pelajar Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan, Serendah, Selangor merupakan kumpulan pertama (pioneer group) yang telah menubuhkan pasukan Kadet Koreksional dengan pembabitan seramai 49 pelajar. Upacara pelancaran Kadet Koreksional telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Chia Kwang Chye, bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 11 Oktober, 2004 bersempena Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia. YB. Timbalan Menteri KKDN mengarahkan penubuhan kadet ini diperluaskan di semua sekolah menengah dengan misi sekurang-kurangnya satu negeri satu sekolah.
Maklumat Perkhemahan Kadet Koreksional
Tarikh : 19 — 23Jun 2011 (Ahad—Khamis)
Tempat : Kem TanGo, Tanjung Gosong, Pekan, Pahang Darul Makmur. {Lokasi}
Pengelola Perkhemahan : Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Jabatan Penjara Penor
Kerjasama :
· Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia
· Bahagian Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bilangan Penyertaan:
36 orang kadet bagi setiap negeri — 18 L dan 18 P
KEM TANJUNG GOSONG (TanGo) , SERANDU, PEKAN
Kem Tanjung Gosong, ataupun lebih dikenali sebagai Kem TanGo yang merupakan singkatan daripada Tanjung Gosong terletak di Kampung Serandu, Pekan bersebelahan dengan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Semarak, Pekan, Pahang.
Kem TanGo yang berkeluasan 5 ekar ini mula dibuka dan dikenali sebagai Pusat Kurikulum Negeri Pahang pada tahun 2000 selepas perpindahan dari tapak lama di SEMSAS yang sentiasa dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. Operasi pembinaan kemudahan asas di tapak baru di Tanjung Gosong ini bermula pada bulan Oktober 2000. Pembinaan pertama yang dibina di Kem TanGo adalah satu blok bilik air yang mengandungi 10 unit tandas, sebuah kolah dan serentak dengan itu sebuah setor kayak juga turut dibina.
Laluan masuk ke Kem TanGo
Operasi dan latihan pertama diadakan di Kem TanGo telah dijalankan pada tahun 2001 dengan kelompok pertama yang menggunakan khidmat pusat ini ialah dari Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan melibatkan seramai 120 orang untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Pelajar. Pada tahun 2004, Pusat Kokurikulum Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM300000.00 untuk projek pembangunan di Pusat Kokurikulum. Kem TanGo. Namun begitu terdapat masalah yang timbul akibat pembinaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di tapak yang sama ini.
Kawasan Kem TanGo
Hasil perbincangan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum bersama Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Pekan, projek pembangunan Pusat Kokurikulum di Tanjung Gosong tetap diteruskan. Malangnya sebahagian besar daripada 5 ekar tanah yang ada telah diambil alih oleh PLKN. Sehingga kini, Kem TanGo ini merupakan tempat perkhemahan pilihan untuk aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Perkhemahan Sukarelawan & Belia Antarabangsa (SUKBEL) 2010 pada 10-15 Jun 2010 .
Dan kini, mulai 19 Jun – 23 Jun 2011, Kem Tango telah dipiliha sebagai pusat perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2011.
FAEDAH YANG DIPEROLEHI
* Memberikan latihan bagi memenuhi keperluan Kadet Koreksional dengan menggunakan latihan bersistematik yang direka khas untuk Jabatan Pendidikan.
* Mendekatkan masyarakat dengan Jabatan Penjara Malaysia melalui pembelajaran/pendedahan tentang tugas dan peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
* Menawarkan program yang direka khas untuk para pelajar sekolah menengah sebagai persediaan kepada mereka yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.
* Jabatan Penjara Malaysia akan mengiktirafan program latihan ini dan sijil akan dikeluarkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan.
* Para pelajar berpeluang mempelajari dasar dan sistem yang dipraktikkan di dalam penjara.
* Kepakaran staf dan bahan-bahan program yang disediakan oleh Jabatan Penjara menepati amalan latihan oleh badan-badan beruniform yang lain yang terdapat di peringkat nasional.
* Perkembangan dalam hubungan di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan Pendidikan.
* Memberikan peluang kerjaya kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai Jabatan Penjara Malaysia sebagai anggota selepas alam persekolahan.
ii) Jabatan Penjara Malaysia
* Meningkatkan status/imej Jabatan.
* Memperkembangkan kemahiran tenaga pengajar/jurulatih jabatan dengan peluang menyampaikan pengetahuan serta kemahiran kepada para pelajar sekolah.
* Memberikan peluang untuk mengadakan kerjasama yang lebih luas dan memperkembangkanpeluang-peluang latihan.
PERANAN DAN BIDANG TUGAS AHLI KADET
2. Kawalan orang ramai semasa sukan atau majlis keramaian sekolah.
JURULATIH DAN TENAGA PENGAJAR
PENERAPAN KONSEP ASK
A | Attitude |
S | Skills |
K | Knowledge |
Saturday, June 18, 2011