Buletin TanGo
Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2011
Sunday, July 17, 2011
Monday, June 20, 2011
Ceramah Motivasi
Hari ke-2
Tarikh : 20 Jun 2011 Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Terbuka, Kem Tango
Slot ceramah motivasi mengisi aktiviti Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan pada malam kedua. Ceramah disampaikan oleh Timbalan Penguasa, Tuan Vijayan Krishnan dari Bahagian Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara. Ceramah lebih berkisar kepada perkongsian dan pendedahan statistik jenayah, maklumat, gambar dan keratan akhbar tentang permasalahan remaja terutama dari segi jenayah rogol, rempit dan penyalahgunaan dadah.
Timbalan Penguasa Vijayan Krishnan (Kanan) bersama pegawainya.
Selain itu, Tuan Vijayan Krishnan yang juga pemilik Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Industrial Safety) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) banyak berkongsi maklumat mengenai kehidupan sebenar banduan di penjara.
Beliau juga menegaskan bahawa “orang yang masuk penjara adalah abnormal people” kerana mampu berada di dalam sesuatu tempat dengan pelbagai keterbatasan hidup seperti makanan, pakaian dan kebebasan hidup.
Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Semoga semua peserta perkhemahan pada kali ini tidak akan sesekali terlibat dalam sebarang jenayah.
Pertandingan Kawad Kaki Berpasukan & Individu
Hari Ke-2
Tarikh : 20 Jun 2011 Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang Kawad, Kem Tango
Aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah Pertandingan Kawad Kaki kategori berpasukan dan individu yang melibatkan 12 kontinjen yang melibatkan kesemua 415 anggota kadet yang mengikuti perkhemahan.
Kesemua 12 kontinjen mula bersiap sedia sejak dari jam 8.00 pagi di dalam barisan masing-masing. Pertandingan kawad kaki ini diselia oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara Penor, Kuantan.
Pengadilan untuk Pertandingan Kawad Kaki adalah berdasarkan kekemasan pakaian seragam ahli, disiplin dalam barisan, formasi barisan, serta arahan daripada ketua platun.
Setiap pasukan dikehendaki membuat persembahan kawad kaki dalam tempoh 8 minit dan setiap pasukan mestilah terdiri daripada 31 anggota termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Walaubagaimanapun pemeriksaan pakaian akan dibuat 15 minit sebelum setiap pasukan masuk ke litar pertandingan kawad. Manakala bahasa hukuman mestilah mengikut bahasa hukuman pasukan Kadet Koreksional .
Sunday, June 19, 2011
KURIKULUM LATIHAN / AKTIVITI
2. Penerapan Nilai-Nilai Murni Dan Budi Bahasa- Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan budi bahasa di kalangan anggota masyarakat.
3. Pengetahuan Asas Kepenjaraan- Perkara berkaitan dengan pengetahuan am kepenjaraan meliputi undang-undang/peraturan penjara, lawatan ke institusi penjara dan sebagainya
4. Kemahiran Kaunseling- Semua ahli kadet akan diterapkan dengan kemahiran kaunseling dan kemahiran inter-personal bagi membolehkan mereka menjadi pebimbing rakan sebaya yang berkesan.