Pages

Monday, June 20, 2011

Ceramah Motivasi

Hari ke-2

Tarikh : 20 Jun 2011                                 Masa : 9.00 malam

Tempat : Dewan Terbuka, Kem Tango

Picture1

Slot ceramah motivasi mengisi aktiviti Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan pada malam kedua. Ceramah disampaikan oleh Timbalan Penguasa, Tuan Vijayan Krishnan dari Bahagian Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara. Ceramah lebih berkisar kepada perkongsian dan pendedahan statistik jenayah, maklumat, gambar dan keratan akhbar tentang permasalahan remaja terutama dari segi jenayah rogol, rempit dan penyalahgunaan dadah.

 

Picture3

Timbalan Penguasa Vijayan Krishnan (Kanan) bersama pegawainya.

 

Selain itu, Tuan Vijayan Krishnan yang juga pemilik Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Industrial Safety) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) banyak berkongsi maklumat mengenai kehidupan sebenar banduan di penjara.

Beliau juga menegaskan bahawa “orang yang masuk penjara adalah abnormal people” kerana mampu berada di dalam sesuatu tempat dengan pelbagai keterbatasan hidup seperti makanan, pakaian dan kebebasan hidup.

 Picture2

Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Semoga semua peserta perkhemahan pada kali ini tidak akan sesekali terlibat dalam sebarang jenayah.

Pertandingan Kawad Kaki Berpasukan & Individu

Hari Ke-2

Tarikh : 20 Jun 2011                                       Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : Padang Kawad, Kem Tango

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah Pertandingan Kawad Kaki kategori berpasukan dan individu yang melibatkan 12 kontinjen yang melibatkan kesemua 415 anggota kadet yang mengikuti perkhemahan.

Kesemua 12 kontinjen mula bersiap sedia sejak dari jam 8.00 pagi di dalam barisan masing-masing. Pertandingan kawad kaki ini diselia oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara Penor, Kuantan.

Picture1Picture2Picture3

Pengadilan untuk Pertandingan Kawad Kaki adalah berdasarkan kekemasan pakaian seragam ahli, disiplin dalam barisan, formasi barisan, serta arahan daripada ketua platun.

Setiap pasukan dikehendaki membuat persembahan kawad kaki dalam tempoh 8 minit dan setiap pasukan mestilah terdiri daripada 31 anggota termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Walaubagaimanapun pemeriksaan pakaian akan dibuat 15 minit sebelum setiap pasukan masuk ke litar pertandingan kawad. Manakala bahasa hukuman mestilah mengikut bahasa hukuman pasukan Kadet Koreksional .

Sunday, June 19, 2011

KURIKULUM LATIHAN / AKTIVITI

1. Pembentukan Disiplin Diri- Aspek ini akan diberikan keutamaan termasuk tatacara berpakaian dan kelakuan.

2. Penerapan Nilai-Nilai Murni Dan Budi Bahasa- Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan budi bahasa di kalangan anggota masyarakat.

3. Pengetahuan Asas Kepenjaraan- Perkara berkaitan dengan pengetahuan am kepenjaraan meliputi undang-undang/peraturan penjara, lawatan ke institusi penjara dan sebagainya

4. Kemahiran Kaunseling- Semua ahli kadet akan diterapkan dengan kemahiran kaunseling dan kemahiran inter-personal bagi membolehkan mereka menjadi pebimbing rakan sebaya yang berkesan.

5. Ketahanan Diri- Latihan ini akan dijalankan dalam bentuk aktiviti kawat, seni mempertahankan diri (SENTAP), ikhtiar hidup, kembara, berbasikal, merentas halangan dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum dan perkhemahan tahunan.

6. Kepimpinan- Semua ahli kadet akan dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka memiliki daya ketahahan yang tinggi.

7. Khidmat Masyarakat- Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan bertujuan mewujudkan masyarakat penyayang seperti lawatan ke rumah-rumah kebajikan dan melakukan kerja-kerja amal di kalangan masyarakat.

8. Kreativiti- Anggota Kadet Koreksional akan didedah dan digalakkan memupuk minat terhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memasak, hiasan lanskap dan sebagainya.

FALSAFAH LATIHAN KADET KOREKSIONAL

Ke arah membangunkan keupayaan pelajar-pelajar dalam semua peringkat menengah dengan menyalurkan ilmu pengetahuan yang sesuai, kemahiran dan sikap yang positif agar mereka dapat bersaing di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan nilai serta sikap positif ke atas diri mereka, tugasan dan organisasi sekolah menerusi pendekatan latihan yang komprehensif dengan pembentukan fisikal, mental dan pembangunan kerohanian individu berdasarkan program latihan yang terancang, sistematik dan berterusan.

KEAHLIAN DAN SYARAT KELAYAKAN

1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah.

2. Terbuka kepada semua pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan.

3. Anggota-anggota daripada Pasukan-Pasukan Kadet Tentera, Kadet Polis, Kadet Bomba, St. John Ambulans dan unit-unit beruniform yang lain tidak dibenarkan menjadi anggota Kadet Koreksional.

4. Setiap pemohon hendaklah memiliki tubuh badan yang sihat dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan.

5. Setiap permohonan hendaklah diperakukan dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam usaha mengatasi masalah ponteng sekolah, gangsterisme, merokok, buli, salah laku dan sebagainya di kalangan pelajar.

2. Melahirkan insan mulia yang dapat menjadi pembimbing kepada rakan sebaya lain yang sedang menghadapi masalah.

3. Menyemai semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan pelajar bagi melahirkan insan yang saling bantu membantu dan bersatu padu dalam setiap bidang yang diceburi.

4. Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

5. Melahirkan insan yang mantap dari segi jasmani, ejosi, rohani, disiplin dan intelek bagi menjadi pemimpin generasi akan datang.

6. Membangunkan kemahiran dalam bidang kaunseling.

7. Membangunkan kemahiran mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak melakukan kegiatan yang tidak sihat.

8. Mengadakan aktiviti yang dapat menanamkan sifat berhati-hati dalam menangani sebarang perilaku jenayah seperti rogol dan sebagainya.

MATLAMAT PENUBUHAN KADET KOREKSIONAL

Matlamat penubuhan Kadet Koreksional adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan disiplin dan sahsiah diri, membina semangat kerjasama dan patriotisme di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tanggungjawab dalam membimbing rakan sebaya bagi menghindari gejala-gejala sosial di kalangan remaja.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KADET KOREKSIONAL

* Idea penubuhannya oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada April 2004, bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah di tingkatan 1 hingga 5, tentang peranan dan fungsi Jabatan Penjara Malaysia dalam mengurus dan memulih para pesalah yang melanggar undang-undang negara supaya mereka dapat dibentuk menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan menjadi pemimpin masa hadapan.

* Sesi Perbincangan dan taklimat telah diadakan dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Ia merupakan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform. Ia juga sebagai persediaan kepada pelajar sekolah dari segi mental dan fizikal yang akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara.

* Mendapat kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada Jun 2004. Pelajar-Pelajar Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan, Serendah, Selangor merupakan kumpulan pertama (pioneer group) yang telah menubuhkan pasukan Kadet Koreksional dengan pembabitan seramai 49 pelajar. Upacara pelancaran Kadet Koreksional telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Chia Kwang Chye, bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 11 Oktober, 2004 bersempena Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia. YB. Timbalan Menteri KKDN mengarahkan penubuhan kadet ini diperluaskan di semua sekolah menengah dengan misi sekurang-kurangnya satu negeri satu sekolah.

Logo Kadet Koreksional

50506_124726587538589_1093342_n

Maklumat Perkhemahan Kadet Koreksional

Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2011
Tarikh : 19 — 23Jun 2011 (Ahad—Khamis)
Tempat : Kem TanGo, Tanjung Gosong, Pekan, Pahang Darul Makmur. {Lokasi}
Pengelola Perkhemahan : Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Jabatan Penjara Penor
Picture4Picture5Picture6
Kerjasama :
· Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia
· Bahagian Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bilangan Penyertaan:
36 orang kadet bagi setiap negeri — 18 L dan 18 P

KEM TANJUNG GOSONG (TanGo) , SERANDU, PEKAN

Kem Tanjung Gosong, ataupun lebih dikenali sebagai Kem TanGo yang merupakan singkatan daripada Tanjung Gosong terletak di Kampung Serandu, Pekan bersebelahan dengan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Semarak, Pekan, Pahang.

Picture1

Kem TanGo yang berkeluasan 5 ekar ini mula dibuka dan dikenali sebagai Pusat Kurikulum Negeri Pahang pada tahun 2000 selepas perpindahan dari tapak lama di SEMSAS yang sentiasa dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. Operasi pembinaan kemudahan asas di tapak baru di Tanjung Gosong ini bermula pada bulan Oktober 2000.  Pembinaan pertama yang dibina di Kem TanGo adalah satu blok bilik air yang mengandungi 10 unit tandas, sebuah kolah dan serentak dengan itu sebuah setor kayak juga turut dibina.

Picture2

Laluan masuk ke Kem TanGo

Operasi dan latihan pertama diadakan di Kem TanGo telah dijalankan pada tahun 2001 dengan kelompok pertama yang menggunakan khidmat pusat ini ialah dari Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan melibatkan seramai 120 orang untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Pelajar. Pada tahun 2004, Pusat Kokurikulum Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM300000.00 untuk projek pembangunan di Pusat Kokurikulum. Kem TanGo.  Namun begitu terdapat masalah yang timbul akibat pembinaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di tapak yang sama ini. 

Picture3

Kawasan Kem TanGo

Hasil perbincangan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum  bersama Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Pekan, projek pembangunan Pusat Kokurikulum di Tanjung Gosong tetap diteruskan.  Malangnya sebahagian besar daripada 5 ekar tanah yang ada telah diambil alih oleh PLKN. Sehingga kini, Kem TanGo ini merupakan tempat perkhemahan pilihan untuk aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Perkhemahan Sukarelawan & Belia Antarabangsa (SUKBEL) 2010 pada 10-15 Jun 2010 . 

Dan kini, mulai 19 Jun – 23 Jun 2011, Kem Tango telah dipiliha sebagai pusat perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2011.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI

i) Jabatan Pendidikan dan Pelajar

* Memberikan latihan bagi memenuhi keperluan Kadet Koreksional dengan menggunakan latihan bersistematik yang direka khas untuk Jabatan Pendidikan.
* Mendekatkan masyarakat dengan Jabatan Penjara Malaysia melalui pembelajaran/pendedahan tentang tugas dan peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
* Menawarkan program yang direka khas untuk para pelajar sekolah menengah sebagai persediaan kepada mereka yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.
* Jabatan Penjara Malaysia akan mengiktirafan program latihan ini dan sijil akan dikeluarkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan.
* Para pelajar berpeluang mempelajari dasar dan sistem yang dipraktikkan di dalam penjara.
* Kepakaran staf dan bahan-bahan program yang disediakan oleh Jabatan Penjara menepati amalan latihan oleh badan-badan beruniform yang lain yang terdapat di peringkat nasional.
* Perkembangan dalam hubungan di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Jabatan Pendidikan.
* Memberikan peluang kerjaya kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai Jabatan Penjara Malaysia sebagai anggota selepas alam persekolahan.

ii) Jabatan Penjara Malaysia

* Meningkatkan status/imej Jabatan.
* Memperkembangkan kemahiran tenaga pengajar/jurulatih jabatan dengan peluang menyampaikan pengetahuan serta kemahiran kepada para pelajar sekolah.
* Memberikan peluang untuk mengadakan kerjasama yang lebih luas dan memperkembangkanpeluang-peluang latihan.

PERANAN DAN BIDANG TUGAS AHLI KADET

1. Pembimbing kepada rakan-rakan melalui program-program kaunseling dan nasihat.

2. Kawalan orang ramai semasa sukan atau majlis keramaian sekolah.

3. Bantuan bagi mengekalkan disiplin dan tatatertib sekolah.

4. Bantuan kepada anggota penjara yang bertugas di sekolah dalam aktiviti-aktiviti tertentu.

5. Memberikan maklumat kepada pihak pentadbiran sekolah jika terdapat atau mengetahui sebarang kegiatan salah laku oleh mana-mana pihak dalam kawasan sekolah.

6. Mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan, perhimpuan, perbarisan dan pertunjukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

JURULATIH DAN TENAGA PENGAJAR

Jurulatih dan tenaga pengajar akan dipilih di kalangan pegawai dan jurulatih yang berpengalaman dan memiliki prestasi kerja yang baik di kalangan anggota dalam Jabatan Penjara Malaysia.
Jabatan Penjara Malaysia mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman luas dalam bidang latihan.
Tenaga Pengajar yang terpilih termasuk pegawai-pegawai kanan daripada pusat-pusat latihan penjara dan juga daripada institusi penjara yang berhampiran dengan lokasi sekolah.
Tenaga pengajar ini akan dipilih dan diberi penerangan bagi memastikan mereka peka dan sedar akan keperluan pelajar-pelajar sekolah dan Jabatan Pendidikan dari semasa ke semasa.

PENERAPAN KONSEP ASK

A Attitude
S Skills
K Knowledge

Melalui aktiviti Kadet Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia akan menerapkan konsep ASK (Attitude, Skills and Knowledge) atau pembentukan sikap terpuji, kemahiran dan pengetahuan kepada para pelajar sekolah yang akan diterapkan melalui modul latihan yang dirancang. 

Dengan ini adalah diharapkan pelajar-pelajar yang telah menamatkan alam persekolahan akan meneruskan konsep ini apabila mereka mula melangkah ke alam pekerjaan yang secara tidak langsung akan menjadikan mereka warga negara yang berkualiti dan progresif terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Saturday, June 18, 2011

Brochure/Pamplet Kem

brochure depan

brochure blakang

Statistik Peserta

statistik

Jadual Aktiviti Perkhemahan

jadual2

KEM TANJUNG GOSONG (TanGo) , SERANDU, PEKAN

Kem Tanjung Gosong, ataupun lebih dikenali sebagai Kem TanGo yang merupakan singkatan daripada Tanjung Gosong terletak di Kampung Serandu, Pekan bersebelahan dengan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Semarak, Pekan, Pahang.

 

Picture1

 

Kem TanGo yang berkeluasan 5 ekar ini mula dibuka dan dikenali sebagai Pusat Kurikulum Negeri Pahang pada tahun 2000 selepas perpindahan dari tapak lama di SEMSAS yang sentiasa dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. Operasi pembinaan kemudahan asas di tapak baru di Tanjung Gosong ini bermula pada bulan Oktober 2000.  Pembinaan pertama yang dibina di Kem TanGo adalah satu blok bilik air yang mengandungi 10 unit tandas, sebuah kolah dan serentak dengan itu sebuah setor kayak juga turut dibina.

 

Picture2

Laluan masuk ke Kem TanGo

 

Operasi dan latihan pertama diadakan di Kem TanGo telah dijalankan pada tahun 2001 dengan kelompok pertama yang menggunakan khidmat pusat ini ialah dari Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan melibatkan seramai 120 orang untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Pelajar. Pada tahun 2004, Pusat Kokurikulum Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM300000.00 untuk projek pembangunan di Pusat Kokurikulum. Kem TanGo.  Namun begitu terdapat masalah yang timbul akibat pembinaan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di tapak yang sama ini.  

 

Picture3

Kawasan Kem TanGo

 

Hasil perbincangan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum  bersama Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Pekan, projek pembangunan Pusat Kokurikulum di Tanjung Gosong tetap diteruskan.  Malangnya sebahagian besar daripada 5 ekar tanah yang ada telah diambil alih oleh PLKN. Sehingga kini, Kem TanGo ini merupakan tempat perkhemahan pilihan untuk aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Perkhemahan Sukarelawan & Belia Antarabangsa (SUKBEL) 2010 pada 10-15 Jun 2010 . 

Dan kini, mulai 19 Jun – 23 Jun 2011, Kem Tango telah dipiliha sebagai pusat perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2011.